Saturday, August 15, 2009

Nampaknya Gengnya Giant Sedang tranning Awal di Sungai Songkak bagi menghadapi pesaingnya


Anak2 didik geng Giant sedang Bertapa di sungai congkak untuk menguatkan ototnya,

Pakaian geng giant ditaja oleh celcom broadband..pasal tu biru..he heheantara hadiah kemenangan dalam latihan kental (yg niee hashim sorang je,,,,he he he )


ha..ha yg niee mahaguru zainal sorang je..boleh habis kan....

Monday, August 10, 2009

Pesanan Kesihatan



H1N1 atau dikenali sebangai Selsema Babi adalah satu penyakit system pernafasan akut yang diakibatkan oleh jangkitan virus Influenza A (H1N1). Ianya boleh dijangkiti melalui titisan cecair daripada salur pernafasan pesakit yang dijangkiti semasa bersin, batuk, atau bercakap pada jarak yang dekat (kurang 1 meter) atau bersentuhan dengan permukaan/objek yang tercemar.

Antara tanda-tanda penyakit ini adalah

1. Demam panas ( > 38 *C )
2. Sakit tekak

3. Batuk
4. Sakit badan / sakit kepala
5. Sesak nafas
6. Lemah tubuh badan / selera makan berkurangan

Rawatan

Rawatan penyakit ini adalah secara simptomatik. Ubat antiviral tertentu boleh membantu jika
diberi pada peringkat awal jangkitan.
Sehingga kini, tiada vaksin yang boleh digunakan untuk mencegah jangkitan Influenza A ( H1N1)

Langkah-langkah kawalan dan perlindungan diri

1. Tutup mulut dan hidung dengan tisu dan sapu tangan ketika bersin dan batuk
2. Cuci tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau menyentuh permukaan yang
tercemar
3. Buang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah
4. Pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) ketika dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
5. Elakkan berada di tempat awam jika anda dijangkiti Influenza A ( H1N1 )
6. Elakkan dari melawat/melancong ke negara?negara yang dilaporkan mempunyai kes-
kes Influenza A ( H1N1 )
7. Dapatkan rawatan segera di hospital sekiranya mempunyai tanda?tanda Influenza A
( H1N1 )

Dana